ssL 1042 KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL
Monday, February 1, 2010
KEINDAHAN HIDUPAN LAUT.
saya amat meminati pemandanagan yang mendamaikan.. kehidupan yang penuh dengan warna-warni yang menceriakan lagi keindahan alam semulajdi yang ada di persekitaran kita.MEMBUAT KEPUTUSAN
Manusia sering dibebani dengan soalan-soalan hidup yang mana memerlukan jawapan yang perlu diputuskan dengan membuat keputusan. Keputusan perlu dibuat terhadap soal cinta, kerja, rumahtangga, pendidikan anak-anak, memilih kerjaya serta benda-benda remeh yang lain seperti apa nak dimakan dan baju apa yang nak dipakai. Kadangkala, membuat keputusan ini memang mudah, hanya dengan sekelip mata saja. Kadangkala pulak, sehingga kita tak dapat nak tidur memikirkan apakah perkara sebaiknya hendak dilakukan bagi mengatasi masaalah yang mendatang. Lebih-lebih lagi kalau ianya melibatkan wang ringgit atau soal cinta.Disini, terdapat sedikit cara bagaimana keputusan harus dibuat dan bagaimana ianya dapat memberi kebaikan dalam apa saja tindakan yang diambil. Penulisan ini bukanlah pendapat seorang pakar tetapi hasil dari pengalaman serta pengetahuan yang luas didalam "decision making" penulis sendiri. Kadangkala, kemungkinan keputusan yang dibuat itu akan didapati salah, tetapi kita hendaklah yakin bahawa pada saat dan ketika tersebut, keputusan yang dibuat itu adalah yang terbaik sekali.
Ciri-ciri untuk membuat keputusan sedikit sebanyak bolehlah diikut seperti berikut:-
1. Hendaklah dibuat berdasarkan rasional dan logik.
2. Hendaklah berdasarkan diatas prinsip baik mengatasi buruk. Tidak ada ditengah.
3. Bagi masaalah yang rumit, perlulah berada didalam keadaan tenang dan sebaik-baiknya selepas mendirikan solat.
4. Berbincang serta mendapatkan pendapat orang lain.
5. Menimbang semua kemungkinan dan akibat dari keputusan tersebut.
6. Mempunyai keyakinan diri bahawa keputusan yang dibuat adalah yang terbaik.
7. Berani menanggung risiko diatas keputusan yang dibuat serta berdiri teguh diatasnya.
8. Boleh menjawab balik faktor-faktor kenapa keputusan sedemikian dibuat serta yakin dengan jawapan itu sendiri.
Ingatlah sentiasa. Tiada masaalah yang tidak mempunyai penyelesaian. Hanya memerlukan keputusan yang baik.
KEMAHIRAN DALAM MENYELESAIKAN MASALAH
Kemahiran Menyelesaikan MasalahMenyelesaikan masalah adalah satu proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang dihadapi berdasarkan tujuan tertentu. Menyelesaikan sesuatu masalah boleh menjadi cabaran kepada seseorang. Kejayaan dalam menyelesaikan masalah akan menimbulkan keseronokan. Kita akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah sekiranya kita terdesak untuk menangani keadaan yang tidak menyenangkan.
Penyelesaian terbaik ialah penyelesaian yang telah mengambil kira kesemua kesan akibatnya. Apabila terdapat banyak kesan negatif, maka pilihan itu hendak dipertimbangkan semula ataupun ditolak. Apabila anda berada dalam situasi berikut, adakah anda berfikir untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah?
Situasi 1: Berpindah ke rumah baru. Anggota keluarga sibuk mengatur pelbagai perabot. Didapati sebuah almari pakaian tidak boleh dibawa masuk ke bilik tidur utama kerana saiznya terlalu besar.
Situasi 2: Terperangkap di dalam lif.
Sebenarnya, kemahiran berfikir membuat keputusan berkait rapat dengan menyelesaikan masalah.
Objektif menyelesaikan masalah:
Membuat penyelesaian yang terbaik Mempertimbangkan banyak pilihan untuk membolehkan kita bertindak dengan bijak setelah memikirkan banyak pilihan dan kesan akibatnya.
Langkah-langkah dalam menyelesaikan masalah:
Alat fikir yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah:
• Peta minda
• Pengurusan Grafik Menyelesaikan Masalah
Pengaplikasian Dalam Pengajaran
1. Permulaan: Perkenalkan tajuk bagi mata pelajaran yang diajar dan kemahiran berfikir yang dipilih dan rangsangkan perbincangan (pengurusan lisan) bagi menyelesaikan masalah menggunakan bahan rangsangan yang berkaitan dengan situasi yang memerlukan penyelesaian.
2. Perkembangan: Perkenalkan proses penyelesaian masalah dan Pengurusan Grafik (PG) yang hendak digunakan. Kemukakan isu dan isikan PG.
3. Penutup: Merumuskan pilihan terbaik yang telah dibincangkan bagi menyelesaikan masalah berkaitan.