ssL 1042 KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL
Thursday, March 18, 2010
Definisi masalah
Masalah adalah apa-apa keadaan di mana tidak semua perkara berlaku sepatutnya atau terjadi sepertimana yang kita inginkan.Definisi penyelesaian masalah
Mencipta perubahan untuk membawa sesuatu perkara itu dekat kepada keadaan yang dingini:
• Istilah penyelesaian masalah selalu digunakan bertukar ganti dengan istilah membuat keputusan
• Membuat keputusan ialah sebahagian daripada proses penyelesaian masalah
• Untuk menyelesaikan masalah,maka adalah perlu memutuskan apa yang patut dilakukan dan seterusnya melakukannya
Kebaikan penyelesaian masalah yang baik
• Dapat mengenal dan memberi keutamaan kepada masalah dengan lebih baik
• Mengurangkan tekanan
• Dapat mencapai satu cara yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah dengan membuahkan hasil yang lebih baik
• Dapat mengurangkan penggunaan sumber seperti masa, tenaga kerja dan kewangan
Cadangan langkah penyelesaian masalah dengan menggunakan kaedah IDEAL
Menyelesaikan masalah gunakan IDEAL
Tanya diri sendiri dan tanya orang lain:
• I = Kenal pasti (identify) apa masalah / menyebabkannya:
Apa sebenar yang terjadi?
Siapakah yang terlibat?
Apakah elemen-elemen masalah?
Bilakah perkara itu terjadi?
Dimanakah perkara itu terjadi?
• D = Huraikan (describe) - pilihan-pilihan yang ada untuk menyelesaikan masalah
• E = Nilaian (evaluate) - akibat yang akan berlaku pada setiap pilihan itu (kebaikan dan keburukan)
• A = Bertindak (Act) - pilihlah satu pilihan yang boleh dilakukan tindakan
• L = Belajarlah (Learn) - kaji semula sama ada tindakan yang baik telah dilakukan.
Berilah Pujian ke atas semua usaha yang telah dilakukan.(termasuk usaha anda sendiri)
Langkah I.D.E.A.L - melibatkan proses membuat keputusan yang tepat. (sila rujuk langkah-langkah membuat keputusan.)
Petua-petua untuk membuat keputusan yang tepat
1. siapa yang akan terlibat di atas keputusan yang akan dibuat dan libatkan mereka dari awal lagi2. lebih baik menulis proses membuat keputusan itu di atas kertas,catit dan simpan idea-idea itu dengan jelas supaya dapat dibuat pertimbangan akan semua maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan dan sebagai bahan rujukan pada masa hadapan.
3. Tuliskan kebaikan dan keburukan tiap-tiap satu pilihan kerana ianya dapat membantu menjelaskan pemikiran anda
4. Apabila membuat keputusan, anda hanya memilih daripada beberapa pilihan yang ada sahaja. Ini tidak bermakna anda telah membuat pilihan antara apa yang betul dan apa yang salah. Kadangkala kita ada banyak pilihan yang baik dan memutuskan yang terbaik
5. Percayakan diri anda sendiri untuk membuat keputusan dan sedarilah bahawa anda tidak boleh tahu 100% dengan yakin yang keputusan anda itu tepat
6. Sebaik sahaja keputusan telah dibuat jangan pandang ke belakang lagi. Awaslah bagaimana ia mempengaruhi anda sekarang anda dan tumpukan perhatian anda ke arah langkah seterusnya. Janganlah menyesali keputusan anda. Ia adalah tindakan yang betul pada masa itu,sekarang tumpukan perhatian kepada apakah tindakan yang betul untuk masa ini
membuat keputusan secara terburu-buru. Anda perlu melengahkan membuat keputusan sekiranya anda tidak mempunyai cukup .