Sunday, January 31, 2010

KREATIVITI DALAM MEYELESAIKAN MASAALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

PERHUBUNGAN PERTUNANGAN YANG TIDAK DI SUKAI OLEH PIHAK LELAKI SELEPAS MAJLIS PERTUNANGAN BERLANGSUNG.

Bagi mengatasi masalah ini, terlebih dahulu yana harus menyedari masalah yang sedang dihadapi. Yana menyedari masalah tersebut berpunca daripada ketidakjujuran diri, tidak yakin pada diri sendiri, keluarga mula masuk campur, suka melarikan diri dari masalah, tidak dapat membuat keputusan dengan sempurna dan sebenarnya sebelum bertunang Yana menyedari bahawa Yana sudah mengalami masalah, namun dirinya tetap ingin meneruskan hubungan kerana sayang dan cuba mengatasi masalah daripada berlarutan. Namun begitu masalah menjadi semakin meruncingkan dan menjadi semakin teruk .Tunangnya pula barada jauh darinya kerana baru ditugaskan berpindah ke Sabah dalam bahagian syariah. Sedagkan dirinya pula di Johor.
Untuk lebih memahami masalah yang dihadapi terdapat beberapa faktor yang mendorong terjadinya keretakan hubungan yang telah di bina selama empat tahun. Walaupun sudah empat tahun mengenali hati budi namun ia tidak sempurna sekiranya tiada kejujuran antara satu sama lain. Antara faktor-faktornya adalah tunang lelaki suka memceritakan masalah yang ringan dalam hubunganya kepada keluarganya. Keluarga lelaki tidak bersungguh-sungguh untuk menerima Yana sebagai tunang kepada anak lelakinya.
Untuk meninjau kesan dan akibat. Yana telah mengenal pasti terdapat beberapa kesan daripada putusnya hubungan pertunangan tersebut. Antaranya mereka telah membuang masa selama empat tahun yang telah mereka pertahankan. Namun hujan ditengah jalan. Kesan kedua, nama keluarga tercemar kesan daripada masalah ini. Nama menjadi sebut-sebutan orang di sekeliling. Ketiga, timbul perbalahan antara dua belah pihak keluarga. Keempat pula, rasa kecewa kerana cinta sekadar melepaskan batuk ditangga.
Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang telah dilakukan oleh yana iaitu membuat aduan mengenai cara dan tingkah laku keluarga pihak lelaki kerana telah mencemarkan nama baik keluarga yana. Maka, bagi memilih pilihan terbaik sebagai jalan penyelesaian yana telah membuat keputusan untuk melupakan apa yang telah terjadi, tawakal pada Ilahi dan cari pengganti baru yang boleh menceriakan hidupnya semula. Kini yana gembira dan ceria semula setelah bertemu semula dengan cinta pertama yang pernah di halang oleh bapanya. Kini bapa yana sedia menerima kehadiran teman lelaki yana untuk menyerikan kehadiran anaknya.. Akhirnya yana akan bertunang untuk kali kedua dalam masa 3 bulan selepas putus tunang.
Maka untuk membuat keputusan perlulah rasional, sabar, berfikir panjang, dan mendalam supaya keputusan yang anda buat itu tekal, kekal, dan muktamad tanpa sebarang keraguan dan kerugian. Ingatlah sentiasa. Tiada masaalah yang tidak mempunyai penyelesaian. Hanya memerlukan keputusan yang baik. Ciri-ciri untuk membuat keputusan sedikit sebanyak bolehlah diikut seperti berikut:-
1. Hendaklah dibuat berdasarkan rasional dan logik.
2. Hendaklah berdasarkan diatas prinsip baik mengatasi buruk. Tidak ada ditengah.
3. Bagi masaalah yang rumit, perlulah berada didalam keadaan tenang dan sebaik-baiknya selepas mendirikan solat.
4. Berbincang serta mendapatkan pendapat orang lain.
5. Menimbang semua kemungkinan dan akibat dari keputusan tersebut.
6. Mempunyai keyakinan diri bahawa keputusan yang dibuat adalah yang terbaik.
7. Berani menanggung risiko diatas keputusan yang dibuat serta berdiri teguh diatasnya.
8. Boleh menjawab balik faktor-faktor kenapa keputusan sedemikian dibuat serta yakin dengan jawapan itu sendiri.