KREATIVITI DALAM SENI VISUAL
Peranan pendidikan seni visual diajar adalah untuk melahirkan dan mendidik para pelajar untuk berfikiran secara kreatif, berilmu dan bertataetika tinggi. Seperti mana yang terkandung didalam falsafah pendidikan Negara iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual, Ini adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf pedidikan di Negara ini. Justeru itulah pendidikan seni visual diajar kepada para pelajar untuk memahami dan membentuk pemikiran yang kreatif. Ini betujuan supaya para pelajar bebas untuk berfikir dan mengeluarkan apa sahaja yang terkandung didalam minda tanpa terkongkong dengan anasir-anasir yang menghalang untuk mereka dari berani berfikir supaya keluar dari kepompong pemikiran yang biasa dan seterusnya mampu melahirkan minda yang kreatif. Selain itu juga pendidikan seni visual juga diajar untuk membantu pelajar supaya belajar menyelesaikan permasalahan yang timbul secara bijaksana dan kreatif. Selain itu juga ia mampu memberi dan mengajar para pelajar untuk berkemahiran didalam membuat sesuatu keputusan berdasarkan pemikiran yang kreatif.Didalam proses kreatif dalam pengkaryaan terdapat empat perkara asas yang harus dilalui bagi menghasilkan sesuatu karya samada yang bersifat bentuk, perancangan rekaan atau kecerdasan konsep. Kesemua ini harus melalui empat proses perkara asas iaitu persedian, pengeraman, pengilhaman dan penentuan. Keempat-empat perkara ini saling berkaitan dan berputar-putar semasa proses kraetif dalam pengkaryaan. Persediaan yang dimaksudkan adalah seperti pengumpulan data maklumat dan meneliti kajian serta menetapkan tujuan matlamat didalam pengkaryaan. Pengeraman pula adalah bererti berimeginasi dan mengklasifikasikan sumber atau bahan, pembentukan konsep dan perancangan serta penerokaan idea atau konsep sesuatu karya itu. Dua proses yang sudah dilalui ini sudah cukup membantu didalam penyelesaian masalah didalam pengkaryaan seseorang individu itu. Seterusnya pengilhaman adalah pencernaan idea atau perkembangan konsep dan teori, dalam erti kata lain ialah berimeginasikan kepada sesuatu karya “bentuk” dan menentukan pilihan. Akhir sekali adalah penentuan iaitu menterjemahakan “bentuk” berasaskan ketulinan idea yang ingin diutarakan. Apabila dua lagi proses ini dilalui, maka ia sebenarnya membantu didalam membuat keputusan didalam pengkaryaan. Apabila kesemua proses ini dapat dilalui maka akan terhasilkan karya yang terkandung ciri-ciri yang diingini iaitu subjek, isi dan bentuk.
Di dalam pendidikan, sebagai guru ia haruslah bertanggungjawab dan professional di dalam kerjayanya. Seseorang guru yang berkualiti harus berlandaskan kepada falsafah pendidikan negara iaitu dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani. Kesemua ini perlu ada bagi memantapkan diri sebagai seorang guru yang berkualiti. Namun begitu perkara lain juga harus wujud bagi menentukan taraf kualiti seorang guru itu, berpengetahuan merupakan perkara yang penting bagi seseorang guru itu disamping berkemahiran terhadap bidang yang di ceburi. Selain itu juga perkara yang perlu diambil peduli adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh seseorang guru itu untuk menarik minat pelajar untuk belajar dan memahami. Oleh itu apabila wujud empat perkara ini maka akan wujudlah tanggungjawab dan seorang guru yang professional.
Oleh itu pengembanagan kreativiti dan pendekatan kea rah potensi kreatif, ianya bermula daripada pengajaran dan pembelajaran bagi memahami bidang-bidang yang terkandung didalam seni visual iaitu seni halus, kraf, reka bentuk dan komunikasi visual. Apabila perkara dasar ini di fahami dan didalami, maka penghasilan sesuatu karya itu dapat dilaksanakan berdasarkan arah dan hala tuju yang betul. Justeru itu juga segala perkara yang berkaitan minda kreatif di dalam seni visual dapat dilaksanakan dengan sempurna dan bertepatan