Fungsi otak kiri dan Kanan..
Mengenali otak manusia sebenarnya seperti kita membuka satu “motherboard” sebuah komputer yang akan menjelaskan bagaimanakah sistem komputer itu berkerja, kekuatan (kelajuan) komputer tersebut, kekuatan memorinya (RAM), kesesuaian pengunaan komputer tersebut (untuk kegunaan personal , kegunaan pejabat, penggunaan programmer dan seterusnya) dan sebagainya.Begitu juga bagi otak, mengenali dan memahami susunan otak dan komponen/komposisi otak seakan memberitahu kita siapakah indivudu itu sebenarnya, kemampuannya dan bagaimana seseorang individu itu berinteriksi serta bertindakbalas dalam kehidupannya (Malahan sudah tentu lebih kompleks dari komputer).
Otak manusia terdiri dari belahan atau hemisfera otak kiri dan kanan (selain mempunyai 3 susunan lapisan:-
Otak kiri banyak dikaitkan dengan fungsi akademik yang terdiri dari kemampunan bercakap, kemampuan berbahasa, membaca tulisan, logik, angka, analisis, dan lain-lainnya. Biasanya ia diidentitikan dengan kecerdasan analitik atau intelek. Maksudnya otak kiri kita ini banyak berkait dengan kemampuan matematik, analisis dan kemampuan berfikir secara sistematik. Cara kerja otak ini sangat rapi, dan terstruktur/tersusun. Biasanya otak kiri ini sangat bermanfaat digunakan untuk memahami hal-hal yang kompleks dan perlu pemikiran yang mengkhusus. Individu yang biasanya lebih menggunakan otak kiri adalah seorang penganalisis, pengkaji, Ahli matematik atau saintis.
Sementara Otak kanan pula adalah tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama musik, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan keperibadian. Jika individu yang banyak yang mengatakan otak kiri dilabel sebagai pengendali IQ (Intelligence Quotient), otak kanan pula memegang peranan penting bagi perkembangan EQ (Emotional Ouotient). Fungsi dari otak kanan ini adalah untuk mengurus pola berpikir kreatif manusia, contohnya adalah kemampuan komunikasi (lingusitik). Cara kerja otak kanan ini biasanya tidak terstruktur, dan cenderung tidak memikirkan hal-hal yang terlalu khusus iaitu bertentangan dengan otak kiri. Contoh orang yang mengunakan otak kanan dibandingkan otak kirinya adalah seorang seniman, pelukis dan sebagainya.
Saya percaya anda tentu perasan bagaimana sesetengah individu akan mempunyai kelebihan pada nombor, lebih rasional atau logik hingga kelihatan sangat “terikat” dengan peraturan dan protokol yang menyebabkan ia boleh kelihatan seperti “robot”.
Sebaliknya , terdapat pula sesetengah individu yang sangat kreatif, berjiwa seni, sangat natural dan kerap kelihatan berada di dalam suasana yang semulajadi. Mereka seperti seorang artis, pelukis, pelakon, ahli muzik, pereka dan sebagainya.
Ini juga menjelaskan kita bagaimana individu terkenal seperti penyanyi M Nasir mempunyai kemampuan dalam kumpulan hemisfera otak yang sama (sebelah kanan) iaitu selain menyanyi, beliau juga berkemampuan dalam bidang gubahan dan penciptaan lagu, mengarah filem, pelukis, berkemampuan dalam bersajak. Begitu juga seperti SN Samad Said selain menulis novel, beliau juga adalah seorang pelukis.
Kenapa boleh jadi bergitu…….? Ini kerana “pemberat” dalam penggunaan belahan otak pada diri masing-masing.
Kerana itu, apabila anda telah mengetahui yang otak mempunyai dua belahan yang berfungsi mengikutkerja masing-masing, dan setiap hemisfera mempunyai kekuatan dan kekurangannya (saling melengkapi), anda sudah boleh menerangkan alasan yang munasabah dan saintifik terhadap perbezaaan yang terjadi di antara sesetengah individu.
Di dalam bidang sains minda, apa yang berlaku pada setiap inidvidu ini (malahan ada pada hampir setiap individu) dipanggil “Brain Lateralization”. Ramai juga pakar psikologis memanggil situasi tersebut sebagai “Brain Dominance” iaitu penggunaan yang tinggi pada belahan otak yang tertentu. Kajian ahli sains neurologi memikirkan situasi ini berlaku kerana gen seseorang individu (seperti penggunaan tangan kanan atau kidal). Tetapi sesetengah pakar kajian mengatakan oleh pengalaman pembesaran, pendidikan, pengaruh ibubapa dan juga situasi masyarakat sekeliling yang mempengaruhi penggunaan otak tersebut.
Meskipun kebanyakan individu akan menggunakan satu hemisfera yang lebih berbanding yang satu lagi (selalunya kebanyakan kita menggunakan otak kiri secara berlebihan kesan dari pendidikan di sekolah) tetapi secara puratanya seseorang individu akan menggunakan kedua-dua belahan otaknya untuk aktiviti-aktiviti seharian.
Bagaimanapun, untuk mencapai kualiti kehidupan yang lebih baik dan untuk kita mengoptimakan serta membangkitkan kemampuan POTENSI DIRI seseorang individu, penggunaan kedua-dua hemisfera otak adalah sangat penting. Iaitu kita menggunakan kedua-dua hemisfera otak dengan seimbang. Malahan kemampuan dan kekuatan fungsi otak akan meningkat secara drastik apabila kita dapat mengoptimakan kedua-dua belah otak ini. Ini yang dipanggil “Whole Brain”. Iaitu penggunaan otak yang lebih menyeluruh.
Jika dahulu bidang pendidikan hanya menggunakan dan mengiktirafkan kecerdasan intelek iaitu penggunaan yang ketara pada otak kiri, ahli psikologis dan pakar pendidikan semakin memahami bahawa ia tidak mengoptimakan fungsi dan kekuatan otak dan mempunyai kelemahan pada kecerdasan emosi (EQ). Terbukti, dinegara-negara yang maju dimana terdapat terlalu ramai pelajarnya yang tinggi dalam IQ dan cemerlang dalam pelajaran, mereka menghadapi masalah EQ yang ketara. Banyak masalah sosial datang dari kelemahan di sebelah EQ.
Kerana itu sekarang wujud banyak institusi seperti SuperLearning Technologies, Accelerated learning, Montenssori Method, The Shichida Method dan sebagainya iaitu institusi yang menggubah pendekatan pembelajaran kepada konsep “whole brain learning” dengan mengoptimakan keseluruhan otak untuk mendapat kecermelangan dalam kehidupan
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home