KEMAHIRAN DALAM MENYELESAIKAN MASALAH
Kemahiran Menyelesaikan MasalahMenyelesaikan masalah adalah satu proses mental untuk mengatasi halangan yang sedang dihadapi berdasarkan tujuan tertentu. Menyelesaikan sesuatu masalah boleh menjadi cabaran kepada seseorang. Kejayaan dalam menyelesaikan masalah akan menimbulkan keseronokan. Kita akan bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah sekiranya kita terdesak untuk menangani keadaan yang tidak menyenangkan.
Penyelesaian terbaik ialah penyelesaian yang telah mengambil kira kesemua kesan akibatnya. Apabila terdapat banyak kesan negatif, maka pilihan itu hendak dipertimbangkan semula ataupun ditolak. Apabila anda berada dalam situasi berikut, adakah anda berfikir untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah?
Situasi 1: Berpindah ke rumah baru. Anggota keluarga sibuk mengatur pelbagai perabot. Didapati sebuah almari pakaian tidak boleh dibawa masuk ke bilik tidur utama kerana saiznya terlalu besar.
Situasi 2: Terperangkap di dalam lif.
Sebenarnya, kemahiran berfikir membuat keputusan berkait rapat dengan menyelesaikan masalah.
Objektif menyelesaikan masalah:
Membuat penyelesaian yang terbaik Mempertimbangkan banyak pilihan untuk membolehkan kita bertindak dengan bijak setelah memikirkan banyak pilihan dan kesan akibatnya.
Langkah-langkah dalam menyelesaikan masalah:
Alat fikir yang sesuai digunakan untuk menyelesaikan masalah:
• Peta minda
• Pengurusan Grafik Menyelesaikan Masalah
Pengaplikasian Dalam Pengajaran
1. Permulaan: Perkenalkan tajuk bagi mata pelajaran yang diajar dan kemahiran berfikir yang dipilih dan rangsangkan perbincangan (pengurusan lisan) bagi menyelesaikan masalah menggunakan bahan rangsangan yang berkaitan dengan situasi yang memerlukan penyelesaian.
2. Perkembangan: Perkenalkan proses penyelesaian masalah dan Pengurusan Grafik (PG) yang hendak digunakan. Kemukakan isu dan isikan PG.
3. Penutup: Merumuskan pilihan terbaik yang telah dibincangkan bagi menyelesaikan masalah berkaitan.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home